Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SKBTR
Blog Owner : PPDa SK BANDAR TUN RAZAK







SK BANDAR TUN RAZAK       
26900 Bandar Tun  Abd Razak,
Pahang Darul Makmur.
Tel & Faks: 09-4455

email: ppdaskbtr@gmail.com
facebook: Ppda Skbtr                                                             '
SEKOLAH BEBAS DADAH 2012'

01
December 2010 Wednesday @ 11:39:26 am
1 DIS, HARI AIDS SEDUNIA

HIV AIDS?

Ketiadaan ubat dan rawatan khusus untuk menyembuhkan HIV/AIDS, kos rawatan yang sangat tinggi dan
implikasi sosio-ekonomi yang sangat hebat sepatutnya dapat mendorong agar setiap remaja supaya mempertingkatkan pengetahuan yang lengkap mengenai HIV/AIDS. Semua orang tidak terlepas dari bahaya dijangkiti samada secara langsung ataupun tidak.

AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Peringkat ini adalah peringkat terakhir Jangkitan HIV. Pada peringkat ini sistem daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh. Pesakit akan mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.

HIV (Human Immunodeficiency Virus) HIV adalah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. HIV menyebabkan AIDS.

Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di California Amerika Syarikat. Jangkitan ini bermula di kalangan golongan homoseksual diikuti biseksual dan heteroseksual. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (Negara Thai). Di Malaysia, kes pertama HIV dikesan pada tahun 1986.

‘Acquired'

Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada lain individu dan bukan diperolehi dari keturunan.

‘Immunodeficiency'

Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi dirinya dari penyakit-penyakit dan jangkitan telah sangat lemah dan tidak lagi boleh melindungi dirinya dari jangkitan dan berbagai jenispenyakit dan barah.

‘Syndrome'

Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca dari sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal satu-satu penyakit.


Home
My Profile
Name: PPDa SK BANDAR TUN RAZAK
E-Mail: palai49@losong.com